fbpx

[VIDEO] Polis siasat kes gaduh selepas lori berlanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang menyiasat kejadian gaduh yang berlaku di Klang, Selangor semalam.

KLANG – Siasatan lanjut berhubung kes tular pergaduhan di Jalan Pelabuhan Barat sedang dilakukan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berasarkan semakan terhadap klip video berdurasi 12 saat yang tular itu mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira 3 petang, semalam.

Katanya, sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang aduan ataupun laporan polis berkenaan kejadian tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan oleh kemalangan yang melibatkan dua buah lori.

“Hasil semakan juga mendapati individu yang terlibat telah membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, pihak polis telah membuat satu laporan polis sebagai maklumat pertama (FIR) untuk memulakan siasatan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan gaduh gempar di tempat awam.

Sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga RM1,000.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI