fbpx

Gempa kedua gegar Turkiye, Syria korban meningkat lebih 1,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Gempa bumi kuat kedua menggegarkan Turkiye dan Syria hari ini, kurang 12 jam selepas gempa pertama berlaku.

Turkiye melaporkan gempa kedua berlaku di tenggara negara itu, manakala media pemerintah di Syria menyatakan bahawa Damsyik terjejas akibat gempa terbaharu itu, namun belum ada butiran terperinci mengenainya.

Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) berkata, data awal menunjukkan gempa kuat itu berukuran 7.7 pada skala Richter dan berlaku 67 kilometer ke utara-timur Kahramanmaraş di Turkiye pada kedalaman 2 kilometer.

Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan dan Bencana Turkiye menyebut, gegaran itu lebih kecil daripada gempa pertama bermagnitud 7.8 dan lebih dalam.

Dalam pada itu, angka korban keseluruhan rasmi akibat gempa pertama di Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 1,200 orang dengan Presiden Recep Tayyib Erdogan menyifatkannya sebagai bencana alam terbesar menimpa Turkiye sejak tahun 1929.

Beliau berkata, seramai 912 orang terkorban di Turkiye sahaja, manakala 5,383 yang lain cedera. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI