fbpx

Seorang kakitangan STMB positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Media Prima Berhad (Media Prima), dia kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

“Dia menjalani ujian Covid-19 setelah mengalami gejala pada 19 Oktober lalu dan didapati positif pada pagi ini.

“Individu terbabit merupakan seorang kontak rapat kepada rakan sekerjanya yang positif wabak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas kenyataan tersebut, kakitangan terbabit telah bekerja dari rumah secara penggiliran dan tidak berada di premis-premis Media Prima sejak 10 Oktober lalu.

“Media Prima bekerjasama rapat dengan KKM dan telah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi meminimakan potensi jangkitan kepada kakitangan lain.

“Pihak syarikat juga sentiasa mengutamakan keselamatan para kakitangannya,” katanya.

Tambahnya, Media Prima sentiasa berusaha untuk memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) tersedia dan dipatuhi.

Dalam pada itu, Media Prima memaklumkan bahawa hanya kakitangan yang terpilih dibenarkan bekerja di premis syarikat berikutan arahan penguatkuasaan bekerja dari rumah yang diumumkan kerajaan, semalam.

“Persiapan sedang dilakukan bagi para kakitangan yang berkenaan menjalani ujian calitan.

“Operasi dan perniagaan Media Prima akan terus beroperasi seperti biasa dengan mematuhi SOP yang sedia ada dan mematuhi protokol untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua kakitangan terjamin,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI