fbpx

[VIDEO] Anggota bomba cedera, diserang beruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota bomba dikatakan mengalami kecederaan akibat diserang haiwan liar tersebut.

YAN – Seorang anggota bomba mengalami kecederaan di bahagian tangan selepas diserang seekor beruang yang dilaporkan tersesat di kawasan sawah padi di Kampung Kabu, Sungai Limau di sini, pagi tadi.

Difahamkan, kehadiran beruang itu disedari ketika menghampiri kawasan rumah penduduk berhampiran sebelum masuk ke sawah.

Menerusi video tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp, beruang yang mengalami kecederaan pada mulut itu telah dikejar orang ramai sebelum diuruskan pihak berkuasa.

Ketika ini, Kosmo! mendapati operasi menangkap beruang sedang dijalankan termasuk oleh pihak bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI