fbpx
RAMAI menantu menderita emosi apabila diberi layanan teruk selain hanya dianggap seperti orang gaji. – GAMBAR HIASAN

Menantu dibuli ketika hamil, dilayan macam amah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menantu dibuli, dilayan seperti orang asing­ dalam keluarga.

Itu antara situasi dihadapi pasangan berkahwin selepas rumah tangga yang dibina gagal dipertahankan gara-gara gangguan pihak ketiga melibatkan keluarga mentua.

Mendedahkan perkara itu, Peguam Syarie, Nur Amalina Adam berkongsi kisah duka sepasang suami isteri dikenali Faiz dan Amirah apabila perkahwinan yang dibina musnah akibat gangguan pihak ketiga.

Katanya, masalah berlaku apabila ibu mentua tidak ber­kenan dengan pilihan anak lelaki­nya sehingga membandingkan menantu dengan wanita pilihan yang disifatkan lebih baik.

Ekoran itu katanya, ibu mentua berkenaan telah membuat pelbagai cerita mengenai menantunya untuk memporak-pe­randakan rumah tangga anaknya.

“Perangai keluarga mentua semakin menjadi-jadi apabila Amirah disahkan hamil sehingga dibuli dan mendapat layanan teruk.

“Lebih teruk apabila ibu mentua sukarela untuk menjaga menantunya semasa hamil dengan alasan teruja untuk mendapat cucu pertama.

“Bagaimanapun, peluang itu hanya digunakan oleh keluarga mentua untuk menyakitkan Amirah termasuk menghidangkan air berkarbonat ketika berbuka puasa pada bulan Ramadan.

“Selain itu, bapa mentua pula sengaja meminta Amirah untuk turun ke bawah flat menggunakan tangga semata-mata bagi mengambil ambil air minuman bersih,” katanya.

Selepas bersalin, keluarga mentua meneruskan sikap ‘jahat’ mereka selain menghalang Amirah pulang ke pangkuan keluarga untuk berpantang.

“Namun, Amirah tetap keluar dari rumah berkenaan dan pulang ke pangkuan ibu bapanya.

“Kejadian itu menyebabkan ibu bapa dan adik beradik Faiz menuduh Amirah telah berlaku nusyuz dan tidak layak menjadi menantu serta duduk dalam keturunan mereka.

“Akhirnya, keluarga mentua mendesak Faiz untuk melafazkan cerai ke atas Amirah,” katanya.

Sementara itu, bagi pasangan yang mahu dikenali sebagai Aidil dan Syira, mereka turut me­ngalami nasib sama apabila
rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama setahun.

Meskipun berkahwin atas dasar cinta, namun mereka te­lah bercerai selepas diasak bertubi-tubi oleh keluarga mentua.
“Pada awal dua bulan yang pertama, saya telah dilayan de­ngan sangat baik oleh ibu mentua dan adik beradik suami.

“Namun, segalanya berubah pada bulan ketiga perkahwinan apabila ibu mentua mula me­ngawal pergerakkan suami,” kata Syira.

Menurut Syira, dia telah berusaha untuk bersangka baik, tetapi gagal menahan perasaan kecewa setelah dihalang untuk pulang menemui keluarga.

“Sejak kahwin, saya tidak pernah balik ke kampung dan saya nekad untuk pulang. Cuma agak sedih kerana suami tidak pernah menelefon atau membalas mesej saya.

“Memasuki bulan ketiga saya di rumah keluarga sendiri, saya terkejut apabila menerima surat permohonan cerai suami dari Mahkamah Syariah,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN