fbpx
Gambar hiasan

Tangguh beli rumah bila OPR naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kadar dasar semalaman (OPR) sekiranya dinaikkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyebabkan orang ramai ‘takut’ sekaligus menangguh hasrat untuk membeli rumah berikutan perlu menampung bayaran bulanan yang tinggi.

Penasihat kewangan, Ky Tee berkata, dalam masa sama mereka akan membuat keputusan menunggu sehingga kewangan benar-benar stabil selain memastikan simpanan mencukupi untuk memiliki kediaman susulan kenaikan OPR.

Ky Tee

Ujarnya lagi, bagi mereka yang memiliki rumah pula, bayaran bulanan untuk kediaman yang dimiliki juga akan bertambah.

Berita berkaitan: Kenaikan OPR ibarat mainan lato-lato

“Jika OPR naik lagi, sudah tentu orang ramai ‘takut’ kerana bayaran bulanan itu bertambah. Misalnya jika sebelum ini mereka membayar RM1,000 sebulan, apabila OPR naik mungkin kena bayar RM1,200 atau RM1,300 sebulan untuk rumah.

“Itu baru satu rumah, macam mana pula kalau individu tersebut ada lima rumah. Bagi mereka yang mahu membeli rumah pula, mungkin akan beli rumah yang murah sikit atau tangguhkan dulu dan buat simpanan lagi,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: OPR kekal 2.75 peratus

Ujarnya, kenaikan OPR juga berkemungkinan akan menukar minat orang ramai untuk me­lakukan pelaburan kepada emas, saham atau unit amanah berban­ding pembelian kediaman untuk melabur.

Mengulas lanjut, beliau yang aktif di media sosial Facebook serta berpengalaman membantu orang ramai berhubung pinjaman perumahan berkata, permohonan pinjaman kepada pihak bank berkemungkinan lebih mudah sekiranya OPR dinaikkan.

“Apabila OPR naik, bank akan lebih senang beri pinjaman kepada orang ramai kerana kadar FD (fixed deposit) dijangka akan naik. Orang ramai akan simpan lebih banyak wang di bank kerana akan dapat ‘interest’ tinggi.

“Jadi pihak bank pula (banyak wang di bank), akan mengeluarkan wang untuk pelanggan baharu bagi membuat pinjaman. Justeru kelulusan (permohonan pinjaman) akan mudah sikit, tapi bukan bermaksud pihak bank tidak meneliti profil pemohon.

“Pihak bank tetap akan lihat dan meneliti profil setiap permohonan dan polisi itu tetap ada. Cuma tak ketat macam dulu, mungkin ada sedikit kelonggaran.

“Bagaimanapun kalau pemohon tersebut ada tunggakan bayaran yang banyak sehingga dua atau tiga bulan pun, bank susah juga bagi kelulusan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN