fbpx
SUV ini hadir dengan enjin dua motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 300 kW.

SUV mewah kuasa elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

APABILA berbicara mengenai kenderaan elektrik, pasti timbul perasaan kebimbangan terhadap jarak pemanduan atau range anxiety.

Sejak kebelakangan ini, banyak jenama-jenama pengeluar kenderaan memperkenalkan kenderaan elektrik mereka. Tidak kira sama ada jenama terkenal atau yang baru mula memperkenalkan produk mereka.

Setiap model kenderaan elektrik yang ditawarkan hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik dan rekaan mempersonakan.

Bagaimanapun, perkara pertama yang sering ditanya adalah mengenai jarak kenderaan elektrik itu boleh bergerak dengan sekali cas.

Terkini, penulis diberikan peluang oleh Volvo Car Malaysia untuk memandu uji model XC40 Recharge Pure Electric selama lima hari selepas pandu uji ringkas ke Bentong, Pahang sebelum ini.

Tempoh masa yang diberikan membolehkan penulis memandu XC40 Recharge Pure Electric ini pada setiap hari dengan cas menggunakan plug tiga pin AC di rumah.

Penggunaan cas AC ini tidaklah sepantas menggunakan DC atau fast charging.

Namun, ia sudah memadai untuk penulis memenuhkan semula bateri untuk perjalanan secara purata antara 100 hingga 200 kilometer (km) sehari.

Sekiranya penulis cas kereta dari pukul 10 malam hingga 8 pagi, ia membolehkan tenaga bertambah antara 20 hingga 25 peratus.

Memandu kenderaan elektrik memerlukan perancangan awal terhadap destinasi yang dituju.

Pemandu juga harus mencari tempat cas di sekitar lokasi sekiranya melakukan perjalanan jauh.

RUANG dalaman XC40 Recharge Pure Electric kelihatan cukup elegan dengan rona serba hitam.

Sistem infotainment bersaiz 12.3 inci yang menggunakan Google sangat mudah dikendalikan. Ia dapat membantu pemandu membuat anggaran jarak perjalanan.

Sebagai contoh, melalui aplikasi Google Maps, pemandu boleh memasukkan lokasi yang dituju.

Selain arah perjalanan dan waktu anggaran ketibaan, paparan turut memaklumkan mengenai peratusan bateri yang tinggal ketika sampai dan pulang semula ke lokasi asal.

Bagi penulis, ciri-ciri ini sangat membantu, sekali gus membolehkan pemandu merancang lokasi untuk berhenti cas ketika perjalanan.

Antara fakta menarik, kenderaan ini boleh bergerak sehingga 438 km. Ia boleh memecut dari pegun hingga 100 km dalam masa 4.9 saat.

Volvo juga memberitahu, sekiranya menggunakan pengecas pantas, ia mengambil masa 28 minit sahaja bagi kadar 10 hingga 80 peratus.

Difahamkan, purata penggunaan kuasa elektrik bagi perjalanan sejauh 100 km adalah sekitar 22.1 kWh.

Panjang XC40 Recharge Pure Electric adalah 4,440 milimeter (mm), lebar (1,863mm) dan tinggi (1,647mm) serta menawarkan ruang simpanan barang bersaiz 425 liter.

XC40 Recharge Pure Electric merupakan model kenderaan elektrik pertama dipasang secara tempatan (CKD) di negara ini.

Kenderaan ini menggunakan pacuan semua roda dengan enjin elektrik berkembar yang menghasilkan kuasa maksimum 300 kW atau 408 hp dan tork tertinggi 660Nm.

Antara ciri-ciri menarik pada model ini adalah seperti Volvo Connect Service. Pada bahagian tengah bumbung terdapat dua butang iaitu emergency call dan call button.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN