fbpx
Gambar hiasan.

Ditawar untung 20 kali ganda, wanita rugi RM24,000 ditipu sindiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kilang yang gelap mata selepas ditawarkan keuntungan berlipat kali ganda oleh sindiket pelaburan tidak wujud kerugian wang hampir RM24,000 selepas menyedari dirinya terpedaya semalam.

Mangsa, wanita berusia 26 tahun dari Kepala Batas di sini itu mula terjerat dalam penipuan tersebut selepas melihat iklan pelaburan wang di dalam aplikasi media sosial, Instagram pada awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, sindiket itu menawarkan pulangan wang yang tinggi dalam tempoh 48 jam dengan hanya bermodalkan wang serendah RM500.

“Mangsa dikatakan telah ditawarkan pulangan wang sebanyak 20 kali ganda dalam tempoh tersebut.

“Dia yang berminat dengan konsep pulangan yang tinggi itu telah memasukkan sejumlah wang untuk mendapatkan pulangan berganda sehingga keseluruhannya berjumlah RM23,836.70,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, sepanjang berurusan, mangsa tidak pernah menandatangani sebarang dokumen perjanjian dan tidak pernah bersemuka dengan suspek.

“Dia hanya sedar dirinya ditipu apabila suspek berterusan meminta dia untuk membayar sejumlah wang tambahan untuk pembayaran cukai syarikat.

“Mangsa yang mula sedar dengan taktik penipuan itu telah membuat laporan polis semalam,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN