fbpx

MOT akan bertemu pengurusan KTMB dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika meninjau sendiri perkhidmatan KTM Komuter hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan bertemu dengan pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dalam masa terdekat untuk membincangkan tentang penambahbaikan serta kekerapan perkhidmatan komuter.

Menterinya, Anthony Loke berkata, beliau memahami bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi disebabkan projek menaiktaraf landasan Landasan Berkembar Lembah Kelang 1 (KVDT1) yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berjumpa dengan pihak pengurusan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk membincangkan kesiapsiagaan menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu dan musim perayaan.

“Petang tadi, saya meninjau perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di TBS. Saya mengambil tren Komuter dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama dua pembantu saya.

“Saya menerima banyak maklum balas dari media sosial berkenaan perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada 5 Disember lalu, Anthony menyamar sebagai penumpang bagi meninjau operasi transit aliran ringan (LRT) bagi merasai sendiri kesesakan penumpang ketika waktu puncak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI