fbpx

Mendunia, SRK dipuja artis Hollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

KING of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) bukan sekadar digilai peminat bahkan pesona dimiliki aktor itu turut dipuja bintang Hollywood.

Ketika menghadiri Festival Red Sea di Jeddah baru-baru ini, pelakon Sharon Stone tergamam apabila melihat SRK yang merupakan aktor pujaannya berada di depan mata.

“Oh tuhan!” jeritnya sebaik melihat kelibat SRK menuju ke tempat duduk yang hanya berselang dua meja darinya.

Akui pelakon berusia 64 tahun itu, dia kehilangan kata-kata, tergamam dan terpaku saat bertentang mata dengan SRK.

“Saya tidak tahu Shah Rukh Khan turut berada di acara sama dan hanya duduk tidak berapa jauh dari saya.

“Apabila melihatnya, saya jadi ‘starstruck’. Sedangkan saya bukan jenis yang begitu, cuma jadi teruja apabila dapat berjumpanya di depan mata,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI