fbpx

NUTP cadang KPM, KPT pertingkat dasar progresif pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fouzi.

PETALING JAYA – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dapat mempertingkat kemajuan dunia pendidikan dengan dasar-dasar yang progresif.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon berkata, jika dilihat perkembangan dari semasa ke semasa, berlaku reformasi pendidikan dengan pertukaran Menteri, maka dasar-dasar yang diperkenalkan sebelum ini tidak berkekalan.

“Ada dikalangan dasar-dasar yang diperkenalkan merupakan dasar yang terbaik namun tidak diteruskan.

“Harapan NUTP agar, Fadhlina dapat melihat dan mempertimbangkan kewajaran dengan memberikan lebih autonomi kepada akar umbi dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran serta peka kepada permasalahan-permasalahan yang wujud sekian lama dalam dunia pendidikan.” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambahnya, NUTP mengharapkan Fadhlina yang menerajui kementerian tersebut dapat bersama kesatuan guru dalam meneliti, memahami, mencari, menyelesaikan serta dapat memperbaiki sistem pendidikan.

“Cadangan yang diutarakan oleh sesiapa sahaja perlulah diteliti sebelum membuat sebarang keputusan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurutnya, NUTP berpendapat pengasingan dua kementerian iaitu KPM dan KPT adalah wajar supaya kedua-dua kementerian itu dapat lebih fokus dalam melaksanakan fungsi masing-masing.

“NUTP berharap dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara yang masih tiada kesudahan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang tidak langsung disentuh sepanjang pentadbiran menteri yang lalu dapat diteliti semula.

“Pihak kami juga berharap kedua-dua tokoh yang dipilih menerajui KPM dan KPT dapat memberikan kerjasama yang baik dengan NUTP termasuk mengadakan sesi libat urus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI