fbpx
Keadaan motosikal mangsa yang hancur selepas melanggar belakang sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 6.6 , Lebuh raya Elite, di sini, pagi tadi.

Lelaki maut, motosikal hancur langgar treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Lelaki berusia 55 tahun maut selepas motosikal ditungangnya merempuh belakang sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 6.6 , Lebuh Raya Elite, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Subang Jaya menerima laporan kemalangan maut tersebut pada pukul 6.10 pagi.

Jelasnya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku semasa treler jenis Scania yang dipandu lelaki tempatan berusia 23 tahun dari arah Shah Alam ke KLIA bergerak dengan perlahan di lorong pertama.

“Ketika sedang memandu treler, pemandu itu tiba-tiba mendengar bunyi perlanggaran yang kuat di belakang kenderaannya.

“Pemandu treler telah memberhentikan kenderaanya dan mendapati sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 bersama penunggangnya telah terjatuh di atas jalan raya di lorong pertama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemeriksaan terhadap mangsa, lelaki tempatan berusia 55 tahun itu maut di lokasi kejadian selepas merempuh kenderaan berat tersebut.

Menurut Wan Azlan, lebuh raya tersebut mempunyai tiga lorong serta satu lorong kecemasan.

Katanya, pemeriksaan terhadap kenderaan terlibat mendapati, treler mengalami kerosakan di bahagian tengah besi belakang, manakala motosikal mangsa rosak teruk di seluruh bahagian terutama bahagian hadapan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN