fbpx
Tangkap layar memaparkan pelanggan sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Klang.

Jamu selera dalam air banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Meskipun dilanda banjir, beberapa kedai makan tetap dibuka di Jalan Meru, Klang semalam, malah pelanggan juga sanggup menjamu selera ketika air berada pada paras betis.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @4jiem_ menunjukkan selain premis terbabit, kedai motor juga masih dibuka dan dikunjungi pelanggan.

Orang ramai turut berseloroh di ruangan komen menyatakan bahawa mereka sudah tidak perlu ke Ulu Yam untuk menikmati restoran di atas air.

“Konsep kedai ini seperti di Kemensah, sambil makan, sambil rendam kaki dalam air,” tulis Amirul di ruangan komen.

“Nikmatnya makan di sungai, mesti tenang sahaja,” komen Diana.

“Aik! Sini bukan ke restoran makan atas air di Kemensah ke? Bila pindah Klang?,” tulis John.

“Kreatif betul pemilik kedai buat restoran dalam sungai, ini dapat menarik pelancong untuk datang ke Malaysia,” kata Mar.

“Kalau macam ini, basuh tangan tinggal celup sahaja dalam air banjir. Tidak payah cari sinki,” seloroh Fira.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih sebanyak 552,400 tontonan dengan 652 perkongsian dan 45,400 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN