fbpx
ZAYN dan Gigi kinia bahagia dengan kehadiran anak pertama.

Anak jadi privasi Gigi, Zayn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Susunan NURUL FADILA AWALUDIN

 

KISAH cinta bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik dan model jelita Gigi Hadid sentiasa menjadi buruan paparazi sejak mereka terbuka menampilkan keintiman di depan khalayak sejak 2015.

Biarpun kedua-dua mengamalkan konsep ‘teman tetapi mesra’, namun timbul cerita konon-kononnya mereka telah mengikat tali pertunangan pada tahun 2017.

Percintaan mereka tidak ubah seperti roller coaster yang ada naik turun. Manis bercinta apabila kedua-duanya saling meninggalkan komen romantis dalam media sosial dan sentiasa muncul bersama dalam banyak acara hiburan mahupun bersantai sehinggalah tersebar bahawa cinta mereka terkandas di tengah jalan pada 2018.

ZAYN dan Gigi memilih untuk merahsiakan nama dan wajah anak pertama mereka daripada pihak media dan khalayak umum.

Bagai kata pepatah, andai jodoh tidak ke mana. Meskipun Zayn mengakui bahawa hubungan mereka telah berakhir, tetapi apa yang nyata rasa cinta antara mereka tidak pernah hilang.

Bahagia menyulam kasih, hubungan mereka terjalin semula sekitar 2019 dan kini telah dikurniakan seorang cahaya perempuan pada hujung September lalu. Berita gembira itu dikongsi Zayn dan Gigi dalam laman sosial masing-masing.

“Bayi perempuan kami telah selamat dilahirkan dan berada dalam keadaan sihat. Tidak tergambar dengan kata-kata untuk meluahkan rasa syukur dan tanggungjawab yang akan akan dipikul.

“Rasa kasih dan sayang terhadap anak kecil ini yang tidak terhingga. Bersyukur atas kelahiran ini dan saya berasa bangga mengakui dia milikku. Kita pastinya akan sentiasa bersama,” tulis Zayn menerusi ciapan dalam Twitter.

Cukup sekadar berkongsikan gambar tangan bayinya dalam media sosial, Zayn dan Gigi mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan anak mereka kepada umum.

Lebih selesa kehidupan bersahaja, ibu muda berusia 25 tahun itu memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga di kediaman ibunya, Yolanda Foster yang terletak di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Menurut sumber, model yang terkenal dengan jenama Victoria Secret dan memerlukan sedikit ruang dan masa, sebelum bersedia untuk berkongsi nama dan wajah anak mereka, khususnya dalam media sosial.

“Melihatkan keadaan sekarang, diharapkan kalian dapat memberikan mereka privasi sebelum bersedia untuk berkongsi sisi peribadi dengan pihak luar,” kata sumber yang dipetik daripada Cosmopolitan.

PELANTUN lagu Better, Zayn berasa gembira apabila Gigi selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada penghujung September lalu.

Teka-teki

Disebabkan sifat berahsia Gigi dan Zayn dan keengganan mereka dalam mendedahkan wajah anak, rata-rata peminat terlebih dahulu mencuba nasib meneka nama bayi perempuan itu.

Terdapat pelbagai cubaan dalam memberi nama kepada anak pasangan berkenaan sehinggakan ada yang mengakui dirinya mengetahui nama bayi berkenaan, namun enggan berkongsikan kepada umum.

Ketika khalayak sibuk berteka-teki nama bayi mereka, baik Gigi mahupun Zayn kedua-duanya memilih untuk mengunci mulut masing-masing dan enggan mendedahkanya kepada umum.

Rahsia itu juga bagai tembok yang tidak boleh dirobohkan apabila keluarga dan sahabat terdekat mereka kekal dengan pendirian menutup kemas privasi biarpun diasak media.

Antara nama yang disebut-sebut peminat sebagai nama pilihan Zayn dan Gigi ialah Maria, Zagi, Zayan dan Malikinha.

GIGI kelihatan sungguh gembira terutama apabila bercerita tentang fesyen kanak-kanak. Dia kini lebih banyak menghabiskan masa dengan membeli pakaian bayi untuk dipakai oleh anaknya dan kelihatan tidak ubah seperti pentas peragaan.

Transisi hidup

Teguh dengan pendirian dalam merahsiakan wajah dan nama anak, Gigi kini bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang ibu. Dia turut mengakui kehadiran cahaya matanya itu secara tidak langsung memberikannya pengalaman baharu dan mengubah hidupnya.

“Bayi perempuan kami telah selamat dilahirkan pada hujung minggu ini. Kelahirannya telah mengubah hidupku dan diriku benar-benar menyayanyinya,” kata Gigi.

Jika sebelum ini segalanya lebih fokus kepada diri sendiri dan kerjaya, kini kompas haluan mula menunjukkan arah berbeza lebih-lebih lagi memiliki anak kecil yang memerlukan lebih perhatian.

Lebih selesa meluangkan masa bersama anak dan Zayn, Gigi nyata tidak sendiri kerana sentiasa mendapat sokongan keluarga, terutamanya ibunya dalam soal penjagaan bayi.

GIGI memuat naik gambar anaknya memakai baju jenama yang tertera logo Versace bersama selimut berwarna merah jambu pemberian seorang teman baiknya.

Baru-baru ini, Gigi memuat naik gambar dalam media sosial menunjukkan dia memakai seutas rantai bersama sebentuk loket yang tertera perkataan ‘Mama’.

“Saya sayang kamu dan terima kasih Jacquie Aiche,” tulisnya sebagai tanda penghargaan kepada peraga jenama aksesori antarabangsa itu.

Tidak hanya menumpukan perhatian untuk penampilan diri, Gigi turut berkongsi kecintaan terhadap dunia peragaan dan fesyen bersama anaknya.

Seperti kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, umum tahu, ibu Gigi, Yolanda juga seorang model termasuk dua adik-beradiknya Bella Hadid dan Anuar Hadid turut terlibat dalam bidang peragaan.

GIGI mengakui kelahiran anaknya telah memberi pengalaman dan kehidupan baharu buat mereka sekeluarga.

Menurut majalah People, Gigi kini gemar membeli-belah kelengkapan bayi dan menggayakan bayinya dengan pelbagai jenis pakaian daripada jenama mewah seperti Versace.

“Dia (Gigi) kelihatan sungguh gembira terutama apabila bercerita tentang fesyen kanak-kanak. Dia kini lebih banyak menghabiskan masa dengan membeli pakaian bayi untuk dipakai oleh anaknya dan kelihatan tidak ubah seperti pentas peragaan,” tutur sumber.

Semestinya pada masa saya, Gigi turut menerima hadiah istimewa daripada beberapa kenalan industri termasuk teman baiknya, penyanyi Taylor Swift, Eva Chan dan Tommy Hilfiger.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN