fbpx

Tekong ditemui lemas, seorang awak-awak hilang bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi tragedi bot karam di kedudukan 5.3 batu nautika Barat Daya Muka Head di sini awal pagi tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seorang tekong tempatan ditemui mati lemas manakala seorang lagi awak-awak masih gagal ditemui selepas bot yang dinaiki mereka dilaporkan karam di kedudukan 5.3 batu nautika Barat Daya Muka Head di sini awal pagi tadi.

Semasa kejadian kira-kira pukul 2.25 pagi tadi, kedua-dua mangsa terbabit dikatakan berada di atas bot bersama dua lagi awak-awak warga tempatan.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, tiga daripada mereka berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di lokasi berhampiran.

“Ketika diselamatkan, seorang daripada mereka iaitu tekong ditemui meninggal dunia manakala seorang lagi iaitu warga Indonesia masih belum ditemui sehingga kini.

“Operasi Carilamat (SAR) diaktifkan oleh MRSC Langkawi sejurus laporan diterima,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, operasi SAR sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat terdiri daripada Maritim Malaysia, Polis Marin, Angkatan Pertahanan Malaysia dan nelayan setempat.

justeru tambahnya, orang awam diminta melaporkan sebarang penemuan di laut menerusi talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau 999. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI