IPOH – Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas sehingga melanggar outlet BubbleBee di Meru di sini hari ini.
Menurut pemiliknya, Shuib Sepahtu, tidak dapat dipastikan punca kenderaan tersebut terbabas di outlet berkenaan dan pihaknya sedang menyiasat perkara berkenaan.
“Mungkin pemandu ingat outlet ini drive thru (pandu lalu), tetapi alhamdulillah semuanya ok.
“Tiada kemalangan. Semoga urusan pemandu dipermudahkan,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagramnya hari ini. – KOSMO! ONLINE