fbpx
BD membunuh majikannya yang sedang tidur. – Tribun Jakarta

Bunuh majikan guna alu lesung kerana tidak dibayar mengikut perjanjian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Polis Indonesia melaporkan kejadian pembunuhan melibatkan seorang lelaki ke atas majikannya di daerah Bekasi, Jawa Barat kerana tidak membayar gaji mengikut perjanjian, lapor laman berita Suara.com.

Ketua Polis Bekasi, Gidion mendedahkan kes tersebut setelah melakukan siasatan terhadap suspek, BD yang ditangkap pada Khamis lalu.

“Menurut suspek, ada perjanjian gaji yang belum dibayar,” kata Gidion.

Mangsa dikatakan dibunuh oleh BD menggunakan alu lasung ketika tidur. 

Suspek dikatakan memukul kepala dan wajah mangsa sebanyak tiga kali ketika kejadian.

BD bakal didakwa di mahkamah mengikut Perkara 388 dan/atau Perkara 340 Kanun Jenayah mengenai Pembunuhan Terancang.

“Hukuman maksimum ialah 20 tahun penjara,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN