fbpx

Tak ada bola sepak seharga nyawa – Krisdayanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRISDAYANTI sedih memikirtkan nasib mangsa insiden rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia

DIVA Indonesia, Krisdayanti bersimpati dan menzahirkan kesedihan berhubung insiden tragis meragut 127 nyawa akibat rusuhan peminat bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, Indonesia semalam

Krisdayanti atau nama sebenarnya Kris Dayanti Trenggono, 47, menerusi hantaran dalam Instagram mendoakan semua korban ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Tak ada bola sepak yang seharga nyawa. Innalillahiwainnailihirajiun. Dari lubuk hati yang paling dalam, saya turut berdukacita sedalam-dalamnya atas kejadian yang menimpa pecinta sepak bola tanah air di Stadium Kanjuruhan, Malang.

“Semoga 127 korban jiwa yang meninggal mendapatkan tempat terbaik di sisi Allah SWT serta keluarga ditinggalkan diberi ketabahan,” tulisnya.

Terdahulu, Ketua Polis Indonesia Wilayah Jawa Timur, Nico Afinta berkata, seramai 127 orang terkorban dan 180 lagi cedera dalam insiden membabitkan perlawanan antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya.

Penonton merempuh masuk ke dalam padang ketika kekecohan penyokong yang berlaku dalam perlawanan liga bola sepak negara berkenaan.

Penyokong Arema dan Persebaya bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan berkenaan sebelum penyokong Arema masuk ke dalam padang dan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI