fbpx
Seorang aktivis perubahan iklim membantah penggunaan jet peribadi di Britain. - ANDY RAIN/EPA-EFE/REX/Shutterstock

Lelaki bakar lengan di gelanggang tenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang lelaki membakar lengannya di sebuah gelanggang semasa kejohanan tenis berlangsung di London kerana membantah penggunaan jet peribadi di Britain, lapor saluran berita NBC News semalam.

Stefanos Tsitsipas dari Greece sedang berdepan pemain Argentina, Diego Schwartzman pada perlawanan Piala Laver di Arena O2 apabila lelaki tidak dikenali itu menyerbu gelanggang sambil memakai baju-T yang bertulis ‘End UK Private Jets’.

Pemain Switzerland, Roger Federer sepatutnya menggunakan gelanggang itu pada sebelah petang untuk perlawanan terakhir dalam kariernya.

Pemain berusia 41 tahun itu dijadual bergandingan dengan Rafael Nadal dari Sepanyol untuk menentang gandingan Amerika Syarikat, Jack Sock dan Frances Tiafoe.

Gambar yang dikongsikan menunjukkan lengan lelaki itu terbakar.

Dia kemudian dibawa keluar dari gelanggang oleh tiga pengawal keselamatan sebelum permainan itu disambung semula.

“Seorang lelaki masuk ke gelanggang tengah hari ini dan segera dikeluarkan oleh pihak keselamatan,” kata seorang pegawai Piala Laver.

Pegawai itu seterusnya memaklumkan bahawa bahawa lelaki itu telah ditangkap.

Tsitsipas akhirnya memenangi perlawanan pada Jumaat dengan skor 6-2, 6-1, memberikan Pasukan Eropah kelebihan 2-0. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN