RAWATAN segera mampu memulihkan seseorang daripada terus terjebak kepada kemurungan dan masalah mental.

Kos rawat sakit mental cecah RM600 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selain ber­depan isu perhubungan dan urusan peribadi setiap hari, mereka yang dikesan mengalami masalah mental juga perlu menanggung kos yang sangat tinggi setiap kali mendapatkan rawatan.

Berdasarkan tinjauan, seseorang pesakit perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM600 sebulan bagi tujuan berkenaan tidak termasuk khidmat kaunseling daripada pakar.

Menurut seorang pesakit mental yang mahu dikenali sebagai Nadia, 27, dia mengidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dari kecil membuatkan dirinya ‘terpisah’ dari masyarakat.

“Orang ramai seakan pelik dengan diri saya dari segi tingkah laku dan percakapan, bukan tidak mahu berkawan dengan orang lain, tetapi penerimaan daripada mereka itu kurang dan saya memilih untuk bersendiri.

“Setiap kali saya ingin buat kerja, saya mudah hilang fokus, cuai dan mudah rasa gelisah. Kalau nak buat kerja juga agak merisaukan, takut-takut hasilnya tidak sempurna,” katanya.

Beliau berkata, kos yang dikeluarkan untuk setiap bulan bagi merawat penyakitnya adalah sekitar RM600 merangkumi ubat-ubatan dan rawatan.

“Mempunyai masalah sakit mental agak memalukan, tetapi saya tidak boleh menipu diri sendiri dan perlu hadapinya,” tambahnya.

Menurut seorang lagi pesakit dikenali Amirah, 25, dia mula mendapatkan khidmat rawatan sokongan selepas mengalami kemurungan berpanjangan beberapa bulan lalu.

“Tekanan banyak datangnya dari tanggungjawab kepada ibu bapa, adik-beradik, pekerjaan dan diri saya sendiri. Selepas kemurungan, saya mengambil keputusan dapatkan khidmat rawatan sokongan.

“Mereka membantu saya dari segi mendengar luahan hati sehingga kepada proses untuk menenangkan diri,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN