fbpx

1,000 ahli KRT Pasir Puteh konvoi bawa Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kereta ahli KRT yang dihias dengan Jalur Gemilang semasa konvoi itu tiba di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh hari ini. /FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Kira-kira 1,000 ahli daripada 26 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini menyertai konvoi kereta berhias Jalur Gemilang dan dekorasi bermotifkan patriostisme sempena Bulan Kemerdekaan di sini hari ini.

Kesemua ahli KRT yang terlibat sepakat menjayakan konvoi sejauh empat kilometer bermula dari Masjid Kampung Kuala Semerak hingga ke Pantai Bisikan Bayu di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Gabungan KRT Pasir Puteh, Mat Kait Abdullah berkata, konvoi itu dimulakan dengan 23 kenderaan berhias membabitkan kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori yang dihiasi bendera.

Menurutnya, kerjasama kesemua ahli KRT itu membuktikan keakaraban, perpaduan dan kesungguhan usaha untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini.

“Kenderaan yang paling cantik dihias akan dipilih sebagai pemenang dan setiap KRT menyediakan makanan untuk keluarga yang terlibat.

“Program julung kali yang dianjurkan ini akan dimasukkan dalam takwim aktiviti Jawatankuasa Gabungan KRT Pasir Puteh supaya diteruskan bagi tahun depan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambah Mat Kait, aktiviti sukan rakyat dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak merupakan antara pengisian yang berupaya menjalinkan semangat muhibah dalam kalangan ahli KRT pada penganjuran tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI