fbpx
SEORANG wanita kecewa tindakan suami berkahwin lagi selepas mendapat pencen. – Gambar hiasan

Dapat madu selepas 30 tahun berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Luluh hati seorang isteri apabila lelaki yang dikahwini 30 tahun dahulu secara senyap telah bernikah satu lagi selepas menerima wang pencen sebagai pesara kerajaan berjumlah kira-kira RM320,000.

Lebih menyayat hati, lelaki yang bertugas sebagai anggota unit beruniform itu telah dua bulan melangsungkan perkahwinan sebelum perkara itu terbongkar.

Suri rumah dikenali Farihah, 52, berkata, tindakan suaminya itu sukar diterima kerana dia te­lah mencurah segala kasih serta menjaga kebajikan pasangannya itu dengan cukup sempurna.

Katanya, suami yang berusia 58 tahun itu dan berperwatakan pendiam serta sopan apabila berbicara membuatkan dia secara peri­badi tidak pernah terfikir bakal menerima ‘madu’ dalam rumah tangganya.

Gambar hiasan

“Suami tak pernah tunjuk pe­rangai bukan-bukan selama kami berkahwin, dia seorang yang pendiam dari dulu lagi, cara dia bersembang dengan saya, anak-anak dan sesiapa pun sangat sopan walaupun dia seorang anggota beruniform.

“Tak sangka dalam diam, saya dikejutkan dengan berita sedih ini. Apa salah saya yang selama 30 tahun ini menabur segala bakti, kasih sayang hanya pada seorang suami,” luah wanita itu kepada Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: Isteri derita tanggung ‘biawak hidup’

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, sebulan selepas suaminya menerima wang pencen, lelaki tersebut meminta izin untuk mengikuti acara konvoi motosikal bersama beberapa kenalannya yang lain ke Terengganu.

Malangnya, selepas tiga hari berada di negeri Pantai Timur itu, suaminya pulang dengan membawa seorang wanita dan memperkenalkannya sebagai madu saya.

“Terkejut dan rasa nak pengsan. Saya terus ambil keputusan keluar dari rumah sambil dite­mani anak bongsu dan kini kami tinggal di rumah salah seorang kakak saya.

“Saya buntu, kalau kami bercerai, saya kasihankan anak-anak dan masih sayangkannya (suami). Tetapi pada masa sama, saya tidak boleh terima dengan tindakannya itu yang tanpa berbincang terlebih dahulu dengan saya dan keluarga,” jelasnya.

Berita berkaitan: Isteri layan tuntut fasakh jika suami biawak hidup

Tambah Farihah dalam nada sebak, suaminya mengakui sudah hampir dua bulan berkahwin lain secara diam-diam sebelum mengambil keputusan untuk berterus terang serta membawa isteri keduanya itu bertemu de­ngannya.

“Suami sudah berkahwin lama dengan wanita asal Terengganu itu. Bapa mentua saya tahu tentang perkara ini dan rahsia tersebut hanya mereka berdua sahaja simpan tanpa pengetahuan ahli keluarga lain.

“Ini orang kata, dah tua makin gatal, apa yang saya tahu wanita itu merupakan kenalan lama sekolahnya berstatus janda anak seorang, mereka berhubung semula melalui kumpulan WhatsApp, sehingga tanpa sedar ma­sing-masing jatuh cinta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN