fbpx
Gambar hiasan.

Lagi duit lesap dalam bank, kali ini rugi RM11,688

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Selepas kecoh kes kehilangan wang RM13,000 dalam akaun bank milik Pakar Perun­ding Perubatan, Dr. Rafidah Abdullah, seorang usahawan wanita di sini turut mengalami nasib malang yang sama.

Mangsa, Noorlilinaty Mohd. Noordin, 50, mendakwa, dia kehilangan wang dalam akaun bank syarikatnya berjumlah RM11,688.16 dalam tempoh empat minit.

Wanita tersebut menyedari kejadian itu pada 26 Julai lalu melalui dua transaksi yang dilakukan pada pukul 3.45 dan 3.49 petang.

Katanya, kesemua wang berjumlah RM11,688.16 daripada sebuah akaun bank syarikatnya te­lah dipindahkan ke dalam akaun penama lain.

“Kebetulan ketika itu saya menunggu pembayaran dibuat (pelanggan) kepada saya dan terkejut apabila mendapati wang saya ‘licin’.

“Saya terus membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru dan pihak bank terbabit, namun amat mengecewakan apabila badan kewangan itu tidak memberikan kerjasama, sebaliknya membe­ritahu saya yang mengesahkan transaksi melalui Kod Pengesahan Transaksi (TAC), sedangkan ia tidak berlaku,” katanya.

INILAH transaksi kehilangan wang milik syarikat Noorlilinaty.

Menurutnya, dia telah memberikan segala maklumat diperlukan pihak bank bagi tujuan siasatan, namun pegawai yang menguruskan kes sebaliknya menyalahkan jenis telefon bimbit yang digunakannya.

“Pihak bank sepatutnya melindungi pelanggannya, tetapi mereka kata kemungkinan tele­fon bimbit saya telah digodam scammer dan menyuruh saya menggunakan jenama iPhone.

“Jawapan mereka ini seolah-olah mahu lepas tangan,” kata­nya.

Ujarnya, dia juga telah membuat laporan mengenai respons pihak bank terbabit kepada Bank Negara Malaysia untuk tindakan lanjut.

Dia turut memberitahu, seorang lelaki berasal dari Sabah ada menghubunginya yang mendakwa dirinya adalah penama bagi penerima transaksi itu.

“Dia mendakwa akaun itu adalah miliknya, namun telah lama tidak digunakan serta te­lah membuat laporan polis bagi membersihkan namanya selepas kejadian itu tular.

“Namun sehingga kini, saya tidak menerima semula wang saya dan pihak polis sedang meneruskan siasatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN