fbpx
Gambar hiasan

Ramai tak ambil SPM punca kolej ‘hilang’ pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan lebih 24,000 murid yang tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dikatakan menjadi antara punca jumlah kemasukan pelajar ke kolej swasta menurun.

Ahli Senat/Jawatan Kuasa Akademik Universiti Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Dr. Abdul Rashid Jamian berkata, menjadi kebiasaan sekiranya calon SPM tidak dapat masuk ke institusi pengajian awam (IPTA) mereka akan memohon ke IPTS.

Abdul Rashid

Bagaimanapun, katanya, ia tidak berlaku ketika ini kerana ramai calon tidak menduduki SPM dan secara tidak langsung prospek pengambil pelajar masuk ke IPTS berkurangan.

“Ini pandangan peribadi saya untuk menggambarkan me­ngenai senario yang berlaku ketika ini. Tindakan calon tidak menduduki SPM 2021 dipercayai antara punca banyak IPTS kekurangan pelajar pada sesi 2022,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid memaklumkan terdapat 24,941 calon SPM 2021 tidak menduduki peperiksaan itu daripada 407,097 pelajar yang berdaftar.

Antara faktor yang mendorong seseorang pelajar tidak menduduki SPM kerana menghadapi masalah peribadi, masalah keluarga dan masalah kewangan.

Abdul Rashid dipetik sebagai berkata, keadaan itu sesuatu yang membimbangkan kerana golongan muda negara harus dipersiapkan dengan ilmu ­pengetahuan.

Menurut beliau, generasi muda perlu difahamkan tentang kepentingan menimba ilmu berbanding mengutamakan wang yang kini boleh diperoleh dalam sektor ekonomi gig walaupun tanpa kelulusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN