fbpx

Berhenti salahkan BN sebaliknya PH gagal memerintah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tengah) ketika sidang akhbar selepas merasmikan penutupan mesyuarat agung Persatuan Bekas Pesara Polis Selangor, hari ini. - FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Sikap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang berterusan menyalahkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) kerana mewarisi banyak masalah membuktikan Pakatan Harapan (PH) gagal mentadbir negeri.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Amirudin hanya pandai menuding jari sedangkan setiap kontrak mempunyai perjanjian dan klausa penamatan boleh digunakan jika sesuatu projek tidak sempurna.

“Tiga penggal pun sudah nak habis, apa nak salahkan BN lagi. Ini membuktikan bahawa Menteri Besar (Amirudin) hari ini dan PH memang tak reti memerintah.

“Tak boleh buat sebab yang (keputusan) lama (BN), yang tak boleh ubah al-Quran sahaja. Takkan tiada klausa penamatan dalam perjanjian. Saya ketawa bila Menteri Besar jawab macam ini. Sebab apa adalah sebab pilihan raya semakin dekat,” katanya pada sidang hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Amirudin dalam persidangan Dewan Negeri Selangor pada 2 Ogos lalu bahawa isu yang timbul ketika ini banyak diwarisi legasi terdahulu bahkan ada yang terpaksa diuruskan semula.

Ini termasuk hak membangunkan tanah padang latihan Akademi Bola Sepak Merah Kuning di Kelana Jaya diberikan kepada kroni UMNO namun pembangunannya tidak lengkap.

Noh turut menyalahkan kepimpinan PH yang enggan menerima cadangan kerajaan BN untuk membina Canal City bagi mengatasi masalah banjir kilat khususnya di Seksyen 13, Shah Alam.

Noh berkata, Amirudin perlu berhenti menyalahkan kerajaan BN kerana kerajaan PH sendiri ditadbir oleh tiga menteri besar dalam tempoh tiga penggal.

“Saya harap rakyat dapat menilai tiga penggal dia jadi kerajaan, cukup-cukuplah dia nak tipu rakyat. Tiga penggal memerintah, tiga menteri besar bertukar, masih nak salahkan kerajaan BN,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI