fbpx

Lebih 80,000 pelancong terperangkap di pulau ‘Hawaii China’ akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG mandi-manda di Pantai Dadonghai, Sanya pada 18 Julai 2021. - AFP

BEIJING – Lebih 80,000 pelancong terkandas di bandar peranginan popular  yang digelar sebagai ‘Hawaii China’ selepas letusan jangkitan Covid-19 mendorong pihak berkuasa melaksanakan sekatan perjalanan ketat.

Sebanyak 483 kes Covid-19 dilaporkan hari ini di bandar Sanya yang mempunyai lebih sejuta penduduk dan merupakan destinasi pelancongan popular di Pulau Hainan, selatan China.

Semua penerbangan keluar dari bandar itu dibatalkan pada hujung minggu ini, manakala pihak berkuasa turut membekukan penjualan tiket kereta api.

“Pelancong yang mahu keluar wajib mendapat keputusan negatif lima ujian saringan PCR dalam tempoh lebih tujuh hari,” kata pihak berkuasa kesihatan.

Hotel-hotel di bandar itu diminta menawarkan diskaun 50 peratus kepada pelancong sehingga sekatan perjalanan tersebut dilonggarkan.

China merupakan satu-satunya ekonomi utama dunia yang masih mengekalkan strategi Sifar Covid  dengan pelaksanaan perintah berkurung mengejut dan tempoh kuarantin yang panjang sekali gus menghuru-harakan sektor pelancongan tempatan.

Sempadan negara itu sebahagian besarnya masih ditutup sejak awal 2020 dalam tindakan yang menyekat pelancongan antarabangsa.

Wabak Covid-19 terbaharu itu berlaku ketika kemuncak musim pelancongan di Sanya yang juga merupakan lokasi luncur popular.

Semua premis hiburan termasuk spa, bar karaoke dan pub ditutup sejak minggu lalu tetapi perkhidmatan penting seperti pasar raya dan farmasi masih dibuka. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI