fbpx

Guardiola perlu ubah cara Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRI (kanan) percaya beberapa penyesuaian perlu dilakukan oleh City dengan kehadiran beberapa pemain baharu. - TWITTER MANCHESTER CITY

MANCHESTER – Tonggak te­ngah Manchester City, Rodri merasakan Pep Guardiola wajar melakukan perubahan terhadap corak permainan bagi menyesuaikan dengan kehadiran beberapa pemain baharu.

Ketika ini, The Citizens sudah pun berjaya memiliki empat pemain baharu apabila membawa masuk Kalvin Phillips, Stefan Ortega, Julian Alvarez dan bintang sensasi dari Norway, Erling Haaland.

“Kadang-kadang ia perlu dilakukan. Sudah pasti apabila ada pemain baharu, kami perlu segera menyesuaikan diri dan harus membuat perubahan.

“Perubahan akan membawa sesuatu yang lebih baik,” kata pemain dari Sepanyol itu.

Sejak kelab itu mendapat sentuhan Guardiola pada 2016, City jelas berada pada kelas tersendiri apabila memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali daripada enam edisi terak­hir, malah hampir menjulang trofi Liga Juara-Juara, namun tewas 0-1 kepada Chelsea di pentas final.

Bagaimanapun, City seakan bergelut untuk mendapatkan pengganti Sergio Aguero, malah ketika ini juga Raheem Sterling dan Gabriel Jesus sudah pun melangkah keluar daripada Etihad dengan menyertai Chelsea dan Arsenal.

“Sejak tiga tahun lalu, kami sudah mendapatkan hasil walaupun tanpa penyerang sejati. Saya fikir kami akan membuat sedikit perubahan dan selepas itu kita akan lihat hasilnya,” jelasnya.

City akan membuka saingan musim baharu dengan menentang Liverpool bagi mere­but Piala Perisai Komuniti pada 31 Julai ini.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI