fbpx

Petronas sahkan dua anak syarikat terima notis ‘Saisie-arret’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Syarikat pengeluar minyak Malaysia, Petronas mengesahkan kedua-dua anak syarikatnya, PETRONAS Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan PETRONAS South Caucasus S.à r.l. menerima notis ‘Saisie-arret’ semalam.

Menurut syarikat petroleum tersebut, kedua-dua anak syarikatnya itu melupuskan semua aset di Republik Azerbaijan dan hasil dari pelupusan berkenaan telah dipulangkan dengan sewajarnya.

“Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai (semalam).

“Bagaimanapun, Petronas menganggap tindakan yang diambil adalah tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya dari segi undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua anak syarikat Petronas di Luxembourg telah dirampas oleh waris arwah Sultan Sulu dalam pertikaian undang-undang bernilai AS$15 bilion (RM66.5 bilion) berhubung satu perjanjian yang ditandatangani 144 tahun lalu.

Langkah tersebut, yang buat kali pertama dilaporkan, merupakan sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dilancarkan pada tahun 2017 oleh waris Kesultanan Sulu.

Ia bertujuan untuk mendapatkan pampasan bagi tuntutan tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan Britain pada 1878. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI