fbpx
Tangkap layar sebahagian jemaah haji yang terkandas di KLIA malam Khamis lalu.

JPM kerjasama dengan MOTAC selesai isu jemaah terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Isu bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu akan diatasi sebaik mungkin membabitkan kerjasama pelbagai kementerian.

Itu jaminan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berhubung perkembangan terbaharu isu berkenaan.

Idris berkata, beliau akui isu berkenaan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), namun pihaknya akan turut bekerjasama atasi isu berkenaan.

“Isu penipuan umrah dan haji, ia di bawah MOTAC namun, insya-Allah Bahagian Hal Ehwal Agama tetap bekerjasama membantu mereka yang dizalimi.

“Isu berkenaan akan disalurkan kepada pihak yang sepatutnya untuk mengambil tindakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Idris sebagai tidak prihatin dan tiada idea untuk menyelesaikan isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN