fbpx

Warga emas maut treler dipandu rempuh lori rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 408 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), di sini awal pagi tadi.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga emas maut apabila treler yang dipandunya merempuh sebuah lori yang mengalami kerosakan di Kilometer (km) 408 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi melibatkan dua buah kenderaan iaitu lori jenis Fuso dan treler jenis Nissan.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu treler dalam perjalanan dari Pendang, Kedah menghala Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, treler berkenaan dipercayai merempuh bahagian belakang lori yang ketika itu mengalami kerosakan di lorong paling kiri lebuh raya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan pemandu lori yang berusia 60 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler yang berusia 54 tahun pula mengalami kecederaan ringan.

Jelas beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

Katanya, pemandu treler turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI