fbpx
Rumah teres paling banyak direkodkan tiada penghuni selepas dibeli. – Gambar hiasan

Beli rumah teres tapi enggan duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Trend membeli rumah tetapi tidak menghuninya semakin menjadi trend di negara ini apabila sebanyak 1.9 juta kediaman bernilai hampir RM400 bilion didapati kosong selepas dijual dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi diikuti Johor dan Perak.

Difahamkan, jumlah itu berdasarkan harga antara RM150,000 hingga RM250,000 melibatkan rumah jenis teres yang sudah mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) sama ada yang sudah dibeli atau belum.

Selangor merekodkan rumah kosong terbanyak iaitu 343,352 unit diikuti Johor (278,346) dan Perak (196,472).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, daripada segi peratusan rumah tidak didiami berbanding keseluruhan jumlah rumah di sesebuah negeri me­nyaksikan Melaka merekodkan peratusan tertinggi sebanyak 30 peratus diikuti Sarawak (24.7) dan Negeri Sembilan (24.5).

“Sebanyak 96,028 buah rumah daripada 319,753 kediaman di Melaka tidak didiami, manakala di Sarawak sebanyak 92,429 daripada 634,639 tidak didiami manakala 96,028 daripada ke­seluruhan 392,631 rumah di Ne­geri Sembilan tidak didiami.

“Senario ini menunjukkan trend peningkatan dalam tempoh 10 tahun iaitu 1.9 juta buah rumah pada 2020 berbanding 1.2 juta pada 2010,” katanya.

Menurut Mohd. Uzir, kediaman itu termasuk yang dibeli sebagai perancangan masa hadapan oleh individu yang bekerja, dibiarkan kosong atau dijadikan rumah singgah dan inap desa.

“Selain itu juga ada yang membeli untuk mendapatkan keuntungan bagi menjual dengan harga yang lebih mahal pada masa akan datang.

“Keburukannya ialah ia boleh menyebabkan pembinaan terlebih dan tidak membantu kepada keperluan perumahan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN