fbpx
TELEFON baharu ini memberikan paparan fotografi lebih baik, selain menjimatkn kuasa bateri.

Telefon baharu paparan lengkung terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJADI antara syarikat terkemuka yang menghasilkan telefon pintar, Honor Malaysia mempertaruhkan peranti flagship terbaharunya, iaitu Honor Magic4 Pro untuk pasaran negara ini.

Peranti itu berada pada kelasnya yang tersendiri dan dilengkapi dengan teknologi canggih mencapai kejayaan baharu dari segi rekaan, paparan, fotografi, videografi, prestasi dan privasi untuk sesebuah telefon pintar.

Ia menampilkan rekaan simetrikal dengan paparan quad lengkung LTPO generasi ketiga 6.81 dan bezel ultra nipis untuk memberi pemandangan lebih mengasyikkan dan genggaman yang selesa.

Selain ini, paparan telefon pintar ini juga mempunyai HDR 10+, 1.07 bilion warna yang memberi tontonan paparan lebih terang.

Peranti itu dilengkapi dengan teknologi canggih paparan LTPO 1920Hz PWM Dimming yang dapat mengurangkan perubahan kecerahan dan kerlipan skrin secara automatik, terutamanya ketika dalam suasana gelap dan suram seperti dalam panggung wayang atau bilik tidur.

Telefon pintar itu juga dilengkapi dengan teknologi Motion-Sync yang menyelaraskan bingkai segar daripada 1HZ kepada 120Hz secara automatik mengikut suasana.

Ini sekali gus membantu penjimatan hayat bateri dan penggunaan lebih lama.

Dalam pada itu, peranti ini juga meningkatkan lagi tanda aras industri dengan menampilkan kamera lebar 50MP, kamera lebar ultra 50MP, dan kamera telefoto periskop 64MP.

Semuanya dikuasakan oleh fotografi ultra fusion dan menghasilkan kejelasan imej mengagumkan

Dengan kombinasi kamera lebar 50MP dan kamera lebar ultra 50MP, imej boleh ditingkatkan hingga 65 peratus ketajaman dan kejelasan,
sekali gus menghasilkan visual terperinci.

Bagi kamera telefoto periskop 64MP, peranti ini dilengkapi dengan zum optikal 3.5x dan zum digital 100x.

Sementara itu, peranti ini juga dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4,600mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 100W yang mampu mengecas sehingga 100 peratus dalam masa hanya 30 minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN