fbpx

Lelaki bela itik depan rumah disyaki sakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Itik yang diternak seorang lelaki di hadapan rumahnya dekat Permatang Badak di Kuantan.

KUANTAN – Polis telah menahan seorang lelaki yang tular membela ayam dan itik di hadapan rumah serta memasang radio dengan kuat di sebuah taman perumahan di Lorong Permatang Badak di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, suspek yang ditahan hari ini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini tular dalam media sosial mengenai sikap seorang individu tidak bertanggungjawab di sebuah Taman Perumahan di Lorong Permatang Badak 30 di Kuantan yang membela ayam dan itik.

Lelaki berkenaan dikatakan turut gemar memasang radio dengan kuat sehingga mengganggu keselesaan dan ketenteraman awam.

Malah lelaki itu dikatakan turut mengancam jiran yang menegurnya dengan parang menyebabkan timbul ketakutan dan keresahan dalam kalangan masyarakat di situ. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI