fbpx

Bercuti sambil pulihara hutan bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti pemuliharaan hutan bakau yang boleh dirasai pengunjung di salah sebuah hotel di Langkawi

BAGI sesetengah individu, sesebuah percutian akan bertambah bermakna apabila mereka boleh memberikan impak yang positif terhadap komuniti setempat dan alam sekitar menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan di kawasan lokasi-lokasi percutian terpilih.

Sekatan perjalanan hampir dua tahun yang diakibatkan oleh pandemik juga turut menjadikan pelancong mahu menghargai setiap momen bercuti dengan turut serta dalam pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian.

Rangkaian hotel Marriott Bonvoy menjalin kerjasama dengan sebuah badan kebajikan tempatan yang membantu golongan yang memerlukan iaitu Pertubuhan Kebajikan Naam Malaysia dengan mewujudkan satu usaha murni yang membolehkan pelancong merehatkan minda sambil melakukan amal kebajikan.

Menerusi program Good Travels with Marriott, pelancong bukan sahaja boleh menikmati percutian yang menenenangkan dalam suasana lima bintang, malah mereka juga boleh turut serta dalam usaha memulihara alam sekitar yang dijalankan di lokasi percutian pilihan. 

Dilancarkan di hampir 100 buah hotel di seluruh Asia Pasifik, inisiatif itu boleh dirasai oleh orang ramai di negara ini menerusi usaha pemuliharaan hutan bakau di hotel St. Regis yang terletak di Pulau Langkawi, Kedah.

Ketua pegawai jualan dan pemasaran Marriott International Asia Pasifik, Bart Buiring berkata, pandemik global telah membawa kesedaran dan kesedaran untuk memberi kesan positif kepada industri pelancongan. 

Pengunjung akan dibekalkan peralatan lengkap untuk proses penanaman pokok bakau.

“Menurut tinjauan yang dibuat oleh syarikat kad kredit American Express Travel 2022, pelancong yang mahu mengembara lebih memilih untuk membelanjakan wang mereka terhadap sesuatu yang lebih bermakna.

“Mereka lebih berhasrat untuk memberikan impak yang positif kepada lokasi yang dikunjungi,” jelasnya.

Menurut Buiring, program itu akan memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu perlindungan alam sekitar, pemuliharaan marin dan penglibatan komuniti yang bertujuan menyokong dan mewujudkan impak yang mana tetamu boleh mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

Sambil merehatkan minda, pelancong boleh mengambil pakej memulihara tumbuhan bakau ini yang mana mereka akan dibawa ke hutan bakau berhampiran dengan menaiki bot.

Dalam perjalanan yang dipimpin oleh pakar sejarah alam semulajadi atau naturalist itu, pelancong berpeluang melihat sendiri pelbagai tumbuhan eksotik yang membentuk ekosistem istimewa di sekitar pulau Langkawi.

Pemandangan dari salah sebuah bilik di St Regis Langkawi

“Pakar sejarah alam semulajadi akan mengadakan demonstrasi pendidikan mengenai pemulihan dan pengurusan lestari kawasan pantai dan tanah lembap bakau di sepanjang perjalanan.

“Pelancong pula akan dibekalkan dengan peralatan lengkap bagi sesi penanaman pokok bakau.

“Di akhir sesi pula, mereka akan menerima sijil penyertaan bagi aktiviti tersebut yang semestinya memberikan makna berbeza kepada percutian mereka,” ujarnya.

Inisiatif tersebut boleh dilakukan sepanjang tahun namun hanya terbuka kepada pengunjung yang menginap di St. Regis Langkawi.

Harga bagi pakej pemulihan bakau di pulau tersebut bermula daripada RM1,420 sehingga RM1,560.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI