fbpx

Instagram Youngjae digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOI YUNGJAE

PENYANYI popular Choi Youngjae mendedahkan ada cubaan daripada individu tidak bertanggungjawab yang menggodam akaun Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dalam platform SNS, anggota kumpulan GOT7 itu mengingatkan peminat supaya berhati-hati sekiranya mendapat mesej daripada Instagramnya.

“Ada orang cuba menggodam akaun Instagram saya. Jika berlaku sesuatu atau ada perkara pelik dimuat naik selepas ini, ketahuilah itu bukan diri saya,” tulisnya.

Penyanyi itu turut meninggalkan mesej amaran kepada penggodam tersebut agar menghentikan perbuatan tidak bermoralnya.

“Saya akan cari sampai ke lubang cacing. Saya tahu di mana lokasi yang kamu daftar masuk ke Instagram saya,” ujarnya.

Pengacara program MBC Idol Radio itu antara artis yang cukup lantang mempertahankan privasinya daripada gangguan peminat obses, dikenali sebagai ‘sasaeng’.

Sebelum ini, Youngjae pernah memarahi peminat yang mengambil gambarnya secara sembunyi berada di sebuah salun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI