fbpx

Malaysia ke suku akhir Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIEW DAREN menghadiahkan mata pertama buat Malaysia menewaskan Amerika Syarikat 5-0 pada aksi kedua Kumpulan D Piala Thomas 2022 sebentar tadi. - BAM

PETALING JAYA – Malaysia mengesahkan slot ke peringkat suku akhir Piala Thomas 2022 selepas menewaskan Amerika Syarikat (AS) 5-0 pada aksi di Impact Arena, Bangkok, Thailand sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan kedua skuad badminton lelaki negara dalam saingan Kumpulan D selepas terdahulu turut menewaskan England 5-0 sewaktu aksi pembukaan semalam.

Dalam aksi hari ini, Malaysia memilih untuk merehatkan pemain-pemain utama seperti perseorangan pertama, Lee Zii Jia dan dua beregu pilihan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Nur Izzuddin Rumsani.

Begitupun, ia masih tidak menjejaskan rentak Malaysia apabila Liew Daren berjaya memberikan mata pertama menerusi kemenangan 21-13, 21-16 ke atas perseorangan utama AS, Enrico Asuncion.

Malaysia terus mengutip dua lagi mata menerusi Ng Tze Yong selepas menewaskan Don Henley Averian 21-11, 21-9 dan Aidil Sholeh Ali Sadikin yang menumbangkan Wiiliam Hu 21-16, 21-17.

Walaupun Izzuddin direhatkan, namun Goh Sze Fei masih berjaya membentuk gandingan mantap dengan Chia Wei Jie untuk mengalahkan Adrian Mar King Sun-Henry Tan degnan keputusan 21-12, 21-8.

Mata terakhir skuad negara berjaya disumbangkan oleh Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menerusi kemenangan 21-16, 21-8 ke atas Enrico Asuncion-William Hu.

Esok, Malaysia akan berentap dengan Jepun untuk menentukan status juara bagi saingan Kumpulan D Piala Thomas 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI