fbpx

Tiga subvarian baharu Omicron sebabkan jangkitan lebih teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Subvarian BA.4, BA.5 dan BA.2.12.1 boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk berbanding strain asal Omicron. - Google

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai kemunculan tiga subvarian Omicron yang berpotensi menyebarkan virus Covid-19 dengan lebih pantas, demikian menurut kenyataan Pusat Genom Perubatan (CMG) Hospital Ramathibodi.

Menurut laporan akhbar Bangkok Post, subvarian BA.4, BA.5 dan BA.2.12.1 boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk berbanding strain asal Omicron.

CMG berkata, WHO dan ramai saintis di seluruh dunia telah memantau tiga sub-varian di Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (AS) selama berminggu-minggu bagi mendapatkan kesimpulan tersebut.

Bulan lalu, saintis Afrika Selatan mengenal pasti subvarian BA.4 dan BA.5 di sana, dan eksperimen makmal menunjukkan strain berkenaan boleh menjangkiti semula mereka yang pernah dijangkiti Omicron asal.

Angka menunjukkan terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit yang dijangkiti oleh subvarian itu dan dimasukkan ke hospital di kedua-dua negara.

Bagaimanapun, tiada peningkatan kematian dicatatkan.

Selain itu, beberapa laporan lain turut mengatakan bahawa sub-varian itu mempunyai kapasiti untuk menembusi perlindungan imuniti yang diperoleh daripada suntikan vaksin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI