fbpx

2,107 kes Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 2,107 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,448,004 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 16 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 6,890 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,366,951 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (1,040 kes), Kuala Lumpur (191 kes), Pulau Pinang (146 kes), Perak (123 kes), Negeri Sembilan (120 kes) dan Johor (111 kes).

“Seterusnya, Melaka (91 kes), Sarawak (66 kes), Pahang (61 kes), Sabah (48 kes), Kedah (43 kes), Putrajaya (26 kes), Terengganu (22 kes), Kelantan (15 kes), Perlis (empat kes) serta tiada kes di Labuan,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak lima kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,547 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,521 kes.

Sebanyak 45,506 kes aktif dilaporkan melibatkan 44,214 kes dikuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,190 kes di hospital, 24 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 45 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI