fbpx
Keadaan kereta pegawai kanan polis yang maut dalam kemalangan itu.

Pegawai polis maut kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan polis maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 6.7 Lebuh Raya Lembah Klang Baharu (NKVE) di sini, hari ini.

Kejadian pukul 12.30 tengah malam itu melibatkan pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) berusia 39 tahun dan berkhidmat di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa memandu dari arah Kuala Lumpur menuju ke Klang.

Katanya, setibanya di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

“Pemandu lelaki itu yang mengalami kecederaan kemudian dibawa oleh ambulans ke Hospital Shah Alam.

“Mangsa yang juga pegawai kanan polis bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN