fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir, hujan lebat di negeri Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di negeri Johor dinasihatkan sentiasa berwaspada susulan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 12 tengahari.

“Cuaca buruk itu dijangka melanda negeri Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN