fbpx

Dua bekas juara enggan mengalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLICK (tengah) berjaya mengembalikan semangat dan taring Jerman selepas mengambil alih jawatan pengendali pasukan itu dengan meraih lapan kemenangan daripada sembilan aksi. – AFP

DOHA – Dua bekas juara Piala Dunia, Sepanyol dan Jerman masing-masing tidak mahu mengalah untuk membuktikan kualiti dimiliki ketika kedua-dua pasukan diundi berada dalam Kumpulan E bersama Jepun dan pemenang aksi playoff, sama ada Costa Rica ataupun New Zealand.

Ketika pengendali Sepanyol, Luis Enrique optimis mampu menguasai saingan tersebut, rakan sejawatnya di Jerman, Hansi Flick berjanji akan ‘menawarkan’ sesuatu yang besar pada penampilan pertamanya di pertandingan kompetitif sebagai pengendali pasukan kebangsaan.

Pertemuan Sepanyol dan Jerman ini juga adalah yang kali kelima di pentas Piala Dunia, namun rekod pertandingan lalu menunjukkan La Roja gagal menewaskan Die Mannschaft dalam tiga aksi terakhir di peringkat kumpulan.

Mereka hanya bersandarkan kepada kemenangan 1-0 di sai­ngan separuh akhir Piala Dunia 2010 serta kejayaan 6-0 di Piala Negara-Negara Eropah 2020.

“Ia agak bagus, kumpulan yang menjanjikan saingan hebat dan kami akan menikmati persaingan ini. Saya akan tetap jadi orang yang sama seperti sebelum un­dian ini dilakukan dan dapat menyertai pertandingan ini sudah pun menjadi hadiah bernilai.

“Menjadi pasukan pilihan adalah berdasarkan apa yang kami lakukan sejak beberapa tahun lalu. Kami mengenali Jerman dan kami juga masih ada masa untuk menganalisa tentang mereka.

“Siapa pun boleh kalahkan kami dan kami juga sama. Kami adalah Sepanyol, berada di ran­king ketujuh dunia dan kami sedia untuk takluki dunia,” kata Enrique.

Sementara itu, Flick yang menggantikan Joachim Low kini berada dalam prestasi terbaik, tidak pernah tewas dalam sembilan perlawanan dan menang lapan daripadanya sekali gus beri harapan besar buatnya mencipta kejayaan.

“Kumpulan yang begitu me­ngujakan dan tugasan ini agak sukar. Kami ada pelan untuk pastikan kemenangan dan kami perlu bersedia daripada awal untuk cuba mara sejauh mungkin atau sebaik-baiknya layak ke perlawanan akhir.

“Jepun juga sentiasa layak, malah pemain mereka cukup ramai di Bundesliga. Semua pasukan pastinya semakin baik dan bakal memberikan sesuatu yang cukup istimewa pada kejohanan ini nanti,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI