fbpx
Gambar hiasan.

Amaran ribut petir, hujan lebat di Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang bagi beberapa kawasan di Johor pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangkakan berterusan sehingga pukul 11 pagi.

“Amaran dikeluarkan di Johor membabitkan kawasan Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. ” katanya.

Tambahnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN