fbpx
Gambar hiasan.

Tanya Mufti: Haram dedahkan keaiban silam kepada pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Perlukah berterus terang dengan bakal suami atau isteri tentang kehidupan masa silam sekiranya pernah melakukan perkara maksiat?

Jawapan:
Seorang isteri atau suami bukan sahaja tidak perlu menceritakan keaiban masa silamnya, bahkan haram dia mendedahkan keaiban lepas yang telah dilakukan.
Kecuali, jika ada kemaslahatan yang lebih utama atau mengelakkan mudarat yang lebih besar sehingga terpaksa dia dedahkan.
Sabda Nabi s.a.w: “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosanya).”
Antara perbuatan yang menzahirkan dosa itu, seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, kemudian berpagi dalam keadaan Allah telah menutupnya (keaibannya), kemudian dia sendiri memberitahu: “Wahai si fulan, aku telah lakukan ini dan itu semalam. Dia sendiri yang menyelak tutupan Allah untuknya,” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam Islam, di hadapan Nabi s.a.w pun tidak disuruh untuk kita dedahkan aib peribadi, apatah lagi di hadapan suami atau isteri.
Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku berasmara dengan seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu.” Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi…”
Maka, kita bertaubat atas dosa yang lepas bukan untuk didedahkan.
Suami atau isteri pula tidak boleh cuba mengintai keaiban pasangan yang lepas kerana itu termasuk dalam tajassus (mengintip mencari-cari aib) yang dilarang oleh Allah.
Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN