fbpx
DARI pandangan hadapan, kenderaan Volvo XC90 Recharge ini kelihatan cukup menarik.

Karakter Volvo XC90 Recharge berubah ikut mod pemanduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KENDERAAN utiliti sukan (SUV) premium, Volvo XC90 sudah memasuki pasaran Malaysia sejak generasi pertama iaitu lebih sedekad lalu.

Model yang bersaing dengan pelbagai jenama lain antaranya Range Rover Vogue, Volkswagen Toureg dan Audi Q7 menjadi pilihan kepada golongan yang mampu untuk memilikinya.

Volvo memulakan pemasangan tempatan (CKD) XC90 pada tahun 2003 di kilangnya di Shah Alam Selangor.

Generasi kedua yang merupakan kenderaan elektrik hibrid (PHEV) pula memulakan pemasangannya pada tahun 2016.

Pemasangan tempatan model ini menjadikannya model pertama PHEV Volvo yang dipasang di Malaysia.

Hanya kira-kira enam bulan selepas menjual model import sepenuhnya (CBU), Volvo Car Malaysia tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan beralih kepada CKD.

Pada tahun 2019, model ini telah diperkemas kini menerusi beberapa perubahan kecil dengan hanya menawarkan dua varian T5 Momentum dan T8 Inscription Plus untuk PHEV.

Kini, dua tahun selepas itu, XC90 jenis PHEV dipanggil Recharge. penjenamaan itu turut diselaraskan pada semua barisan PHEV Volvo di Malaysia.

SUV ini dilengkapi pelbagai ciri keselamatan terkini.

Baru-baru ini, Volvo Car Malaysia telah memberi peluang kepada penulis untuk memandu uji model XC90 Recharge tersebut.

Dari segi luaran, tidak banyak perbezaan dengan varian bukan PHEV. Model ini menggunakan enjin 2.0 liter turbo dengan supercaj dan motor elektrik.

Transmisi lapan kelajuan automatik dengan Geartronic memberikan kelancaran pemanduan. Kombinasi enjin dan transmisi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 407hp pada 5,700rpm, manakala tork maksimum 640Nm mampu dicapai antara 1,200 hingga 5,400rpm.

SUV mewah ini juga mampu memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 5.6 saat sahaja. Pun begitu, penulis difahamkan kelajuan maksimum sudah disekat pada 180 km/j untuk tujuan keselamatan.

Ciri-ciri ini bagi semua model baharu Volvo.

Masuk ke ruang kabin, tempat duduknya kelihatan nipis tetapi Volvo memberitahu ciri-ciri itu menawarkan perlindungan tulang belakang yang baik semasa kemalangan di samping menawarkan lebih banyak ruang kaki atau kapasiti kargo di belakangnya.

Hampir seminggu penulis memandu SUV ini, tiada isu tempat duduk tidak selesa.

PAPAN pemuka kenderaan ini tidak terlalu serabut dengan pelbagai butang kerana fungsi-fungsi boleh diakses pada paparan infotainment.

Selain itu, jenama yang terkenal dengan mementingkan aspek keselamatan itu turut menawarkan kusyen penggalak kanak-kanak (booster seat) di bahagian tengah barisan kedua.

Volvo memberitahu, tempat duduk baris ketiga mampu memuatkan dua orang dewasa dengan ketinggian 170 sentimeter (sm). Jika mahukan ruang yang lebih, tempat duduk itu boleh dilipatkan dan ruang kargo akan menjadi 1,183 liter.

Ciri-ciri lain adalah seperti paparan instrumen bersaiz 12.3 inci, skrin infotainment berukuran sembilan inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem audio jenama Bowers & Wilkins️ dengan 19 pembesar suara.

Bahagian papan pemukanya tidak terlalu serabut dengan pelbagai butang kerana fungsi-fungsi yang dicari boleh ditetapkan menggunakan skrin infotainment termasuklah mod pemanduan.

Volvo XC90 Recharge ini menawarkan lima mod pemanduan seperti, Pure, AWD, Hybrid, Power dan Off Road.

MOD-MOD pemanduan yang ditawarkan pada kenderaan ini.

Setiap mod pemanduan yang dipilih akan mengubah karakter SUV ini. Perubahan karakter itu termasuk ketinggiannya, sebagai contoh jika memilih mod Off Road ketinggian SUV ini akan meningkat dan jika memilih Power, SUV ini akan menjadi rendah.

Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada model ini seperti pengecas wayarles Qi dan port pengecasan USB Type-C dan USB Type-A di bahagian hadapan. Tombol gear kristal Orrefors, bumbung matahari panoramik, navigasi dan kamera 360 darjah.

Semasa memandu XC90 Recharge, ada beberapa kali penulis tersekat di kesesakan jalan, penulis lantas mencuba fungsi Adaptive Cruise Control dengan Pilot Assist yang membolehkan SUV ini mengikut kelajuan kenderaan di hadapannya.

Fungsi ini boleh diaktifkan dengan menekan butang di stereng sahaja dan kenderaan ini akan mengikuti kenderaan di hadapan sama ada berhenti atau bergerak. Pemandu juga boleh tetapkan jarak yang dikehendaki.

Fungsi ini memang bagus kerana dapat mengurangkan stres pemandu tetapi dalam masa sama juga tidak membenarkan pemandu terlampau bersantai dengan tangan pemandu tidak boleh berterusan melepaskan stereng.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN