fbpx
KATA Reen, peminat jarang bertanya tentang perancangan berkahwin tetapi soalan sebegitu kerap datang daripada keluarganya sendiri.

Reen Rahim tak rela diganggu lelaki gatal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAHUN lalu, pelakon seksi Reen Rahim mendedahkan bahawa dirinya pernah ditawarkan sejumlah bayaran oleh ‘lelaki hidung belang’ untuk dijadikan wanita simpanan.

Lumrah bergelar anak seni, pasti ada cabaran dan tidak terlepas daripada isu-isu sebegitu, terutama apabila kerjaya seni sedang berada di puncak.

Selain cerita ‘wanita simpanan’, timbul juga dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Akui Reen, jika sekadar mahu hidup mewah tanpa perlu membuktikan kemampuan bakat, sudah lama dia menjadi wanita kaya.

Bahkan realiti yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini, dia sudah pernah menerima tawaran sedemikian sebelum terlibat dalam dunia hiburan.

Terbaharu, dedah pemilik nama lengkap Noreen Ashikin Abdul Rahim itu, selepas berita kisahnya ditawarkan ‘lelaki gatal’ sebagai peneman ditulis wartawan, ajaibnya tiada lagi gangguan sebegitu muncul.

REEN lega kerana dirinya tidak lagi menjadi mangsa gangguan lelaki hidung belang.

“Alhamdulillah, semenjak dibantu rakan-rakan wartawan keluarkan berita tersebut, saya tidak lagi diganggu dan ditawarkan apa-apa oleh mereka (lelaki gatal). Terima kasih pada rakan-rakan wartawan,” katanya.

Mencecah usia 34 tahun dan masih solo sehingga ke hari ini, Reen tidak rimas jika asyik disoal tentang perancangannya menamatkan zaman bujang.

Dia berpendapat, orang-orang yang bertanya itu sebenarnya tidak sabar untuk melihat hari bahagianya.

“Saya okey sahaja. Tidak ada apa-apa masalah apabila asyik ditanya tentang perancangan mendirikan rumah tangga.

“Apabila disoal tentang perancangan berkahwin, apa yang boleh saya jawab ialah doakan sahaja. Saya tidak marah langsung, cuma saya minta adalah doakan yang terbaik untuk saya,” jelasnya.

Katanya lagi, dia jarang ditanya peminat tentang ‘calon suami’.

Sebaliknya perkara tersebut selalu disoal oleh individu-individu terdekat yang menyayanginya seperti keluarga sendiri.

Menyentuh sedikit tentang perkembangan kariernya dalam bidang lakonan, Reen akan muncul dengan buah tangan terbaharu iaitu watak seorang doktor bernama Fatin dalam drama popular 7 Hari Mencintaiku 3.

TERLIBAT dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3, Reen Rahim memegang watak sebagai seorang doktor.

Bagaimanapun, Reen enggan mendedahkan wataknya dalam drama tersebut kerana ingin memberi kejutan kepada penonton.

Melangkah ke 2022, pelakon yang memiliki raut wajah seperti wanita Hindustan itu berkata, tahun ini adalah fasa yang sangat sibuk untuknya mencapai impian yang telah lama tertangguh.

“Saya sedang berusaha mencapai sasaran yang belum terlaksana. Alhamdulillah sekarang saya sedang kejar semula impian itu yang dirancang sejak 2020 lagi.

“Perancangan itu melibatkan keluarga dan juga perniagaan saya. Alhamdulillah semuanya sedang berjalan lancar,” tutup Reen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN