fbpx
GAMBAR dirakam pada 9 Julai lalu menunjukkan anggota bomba membantu seekor kuda yang cedera selepas diserang di Criquetot-sur-Logueville, barat laut Perancis. – AFP

20 kuda hilang telinga di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Polis Perancis membuat tangkapan pertama kelmarin berhubung siri serangan terhadap kuda yang dipercayai dilakukan beberapa individu, kata pihak pendakwa raya.

“Seorang lelaki ditahan selepas imej janaan komputer seorang daripada dua suspek yang disyaki mencederakan kuda di rantau Yonne, tengah Perancis, diedar kepada orang ramai,” kata pendakwa raya tempatan, Arnaud Laraize.

Pihak berkuasa masih keliru tentang motif serangan. Menurut polis, telinga kira-kira 20 ekor kuda dipotong di seluruh Pe­rancis selain alat sulit haiwan itu dikerat dan beberapa serangan lain dilakukan.

Polis percaya lebih seorang individu terlibat dalam kejadian itu dan wujud spekulasi mereka yang terbabit mungkin mengamalkan ilmu hitam atau meng­anggotai kultus internet.

Pihak berkuasa melakukan lakaran wajah suspek berdasarkan keterangan pengurus kandang kuda, Nicolas Demajean yang mana premisnya diserang Ogos lalu.

Demajean cedera apabila dia cuba menghalang dua penyerang yang menoreh dua ekor kuda padi menggunakan pisau dan mencederakan seekor kuda lain.

Suspek yang berumur 50 tahun ditangkap di daerah Haut-Rhin, timur Perancis, kata Laraize sambil menambah, supek mempunyai rekod lampau menyerang haiwan di Jerman tetapi di Perancis, dia ditahan kerana jenayah berkaitan dadah.

Polis turut menggeledah kediaman suspek tetapi gagal me­nemui bukti kukuh namun terdapat bahan digital yang belum diperiksa. Menurut pendakwa raya, masih tidak jelas sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan serangan lain.

“Dalam kes ini, kami tidak menolak kemungkinan insiden tersebut tiada kaitan dengan serangan yang berlaku di seluruh Perancis,” katanya.

Polis melancarkan operasi memburu dua suspek itu di rantau Cote-d’Or region, timur Pe­rancis hujung minggu lalu selepas seorang pemilik ladang kuda melaporkan premisnya diceroboh dan seekor kuda dicederakan.

Sebuah pasukan terdiri daripada 40 anggota polis dibantu beberapa anjing pengesan dan sebuah helikoper dihantar ke lokasi kejadian tetapi polis gagal menangkap pelaku setakat ini.

Daerah Val-d’Oise dekat Paris pula melaporkan kes serupa pertama pada Sabtu lepas yang menyaksikan dua ekor kuda dicederakan.

Polis Perancis menyatakan, sejumlah 150 insiden serupa sedang disiasat tetapi tidak menolak ada kes yang terpencil dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN