fbpx

Kanak-kanak Ukraine diajar guna senapang sebagai persediaan perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak diajar teknik-teknik menggunakan senapang ketika sesi latihan bersama tentera Ukraine. – EPA

KIEV, UKRAINE – Kanak-kanak dan remaja di Ukraine diajar teknik-teknik menggunakan senapang sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan terhadap tercetusnya peperangan dengan Rusia, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang tersebar, tentera Ukraine dilihat menganjurkan hari latihan di Kiev, di mana orang awam yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur diberikan tips-tips daripada pakar mengenai cara-cara mengendalikan senapang.

Ada di antara mereka yang diberi peluang untuk memegang senjata sebenar serta ada yang diajar tentang cara-cara untuk memegang replika kayu senapang Kalashnikov Rusia.

Sementara itu, satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Sosiologi Kiev sebelum ini menunjukkan bahawa separuh daripada penduduk Ukraine mengaku mereka menolak pencerobohan oleh Rusia.

Dalam masa sama, Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah menempatkan seramai 127,000 askarnya serta kereta kebal dan peluru berpandu di bahagian bersempadan dengan Ukraine. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI