fbpx
DENGAN menu masakan yang lazim ditemui di kenduri kahwin dan suasana seperti kenduri kahwin keadaan di Warong Nasi Kenduri Hari-Hari ini tidak ubah seperti kenduri kahwin sebenar.-Foto AFIQ RAZALI

Warung unik di Klang berkonsepkan kenduri kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUNYI paluan kompang yang bergema di sekitar Jalan Kempas, Klang, Selangor dapat didengar sebaik kenderaan yang dinaiki Zulhilmy memasuki simpang masuk kawasan tersebut. Dari jauh, kelihatan empat buah khemah berenda kuning dan hijau yang diselit beberapa batang bunga manggar berwarna emas.

Usai lauk-pauk disenduk ke dalam pinggan, lelaki berusia 33 tahun itu melangkah ke meja makan untuk menikmati hidangan nasi kenduri.

Sambil menikmati juadah yang terhidang, bibirnya tidak putus-putus menguntum senyuman apabila melihat beberapa kanak-kanak lalu-lalang sambil membawa bunga telur dan plastik buah tangan (berkat). Situa­si tersebut tidak ubah seperti berada di majlis kenduri perkahwinan sebenar.

 

Baca artikel penuh di www.kosmo.com,my

 

BUNYI paluan kompang yang bergema di sekitar Jalan Kempas, Klang, Selangor dapat didengar sebaik kenderaan yang dinaiki Zulhilmy memasuki simpang masuk kawasan tersebut. Dari jauh, kelihatan empat buah khemah berenda kuning dan hijau yang diselit beberapa batang bunga manggar berwarna emas.

Keluar dari perut kenderaan, pemuda tersebut terus meluru ke sebuah khemah yang menempatkan set jamuan. Usai lauk-pauk disenduk ke dalam pinggan, lelaki berusia 33 tahun itu melangkah ke meja makan untuk menikmati hidangan nasi kenduri.

Sambil menikmati juadah yang terhidang, bibirnya tidak putus-putus menguntum senyuman apabila melihat beberapa orang kanak-kanak yang lalu- lalang sambil membawa bunga telur dan plastik buah tangan (berkat). Situa­si tersebut tidak ubah seperti berada di majlis kenduri perkahwinan sebenar.

Berada di Warong Nasi Kenduri Hari-Hari, Zulhilmy akui kerinduannya untuk menghadiri majlis perkahwinan dan menjamu hida­ngan nasi beriani itu terubat seketika. Tambahan pula, sudah lebih dua tahun dirinya tidak menerima undangan majlis perkahwinan dek pandemik Covid-19.

“Gembira rasanya apabila berpeluang menikmati nasi dan suasana yang tidak ubah seperti mengha­diri majlis perkahwinan. Perjalanan saya hampir satu jam dari Kuala Lumpur dirasakan sangat berbaloi.

“Sejak kerajaan melarang penganjuran aktiviti keraian seperti majlis perkahwinan bagi membedung Covid-19, saya bukan sahaja tidak mendapat undangan, sebaliknya turut takut untuk bercampur-gaul dengan orang ramai.

“Bimbang rasanya apabila memikirkan kebarangkalian individu yang tidak berapa mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” katanya.

KONSEP yang diperkenalkan membolehkan individu merasai pengalaman sebenar seperti ketika menghadiri majlis perkahwinan.

Berkongsi lanjut menurut Zulhilmy lagi, dia mengetahui kewujudan warung tersebut selepas tular di laman sosial awal tahun lalu.

Konsep yang diketengahkan wajar diberikan pujian kerana bukan sahaja unik dan tidak pernah dilakukan mana-mana restoran sebelum ini, malahan mampu mengubat kerinduan masyarakat terhadap suasana sebenar kenduri perkahwinan.

Berkongsi kisah menurut pemilik­nya, Mohd. Iqbal Adnan, 30, idea untuk mewujudkan Warong Nasi Kenduri Hari-Hari sejak Oktober tahun lalu itu terbit daripada isterinya, Nurul Najwa Md. Isa.

Pada waktu itu, suri hatinya sedang hamil anak ketiga dan mengidam untuk makan nasi kenduri. Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan tiada majlis perkahwinan diadakan, Mohd. Iqbal mengambil keputusan untuk menjual nasi kenduri.

Menggarap sepenuhnya suasana majlis perkahwinan, warung tersebut bukan sekadar menjual nasi minyak dan lauk-pauk, tetapi turut membangkitkan suasana dengan khemah pengantin, bu­nga manggar, lagu-lagu majlis perkahwinan dan pemakaian bunga kendarat pada para pekerjanya.

“Isteri dan ibu yang menyuruh saya meletakkan elemen majlis perkahwinan seperti bunga telur dan bunga manggar kerana mahu membangkitkan suasana tersebut.

“Hari pertama gerai ini dibuka, ramai yang takut-takut ke­rana menyangka ini merupakan kenduri perkahwinan sebenar. Mana tidaknya, mereka keliru dengan bunyi paluan kombang dan khemah yang terhias indah.

“Tetapi memasuki se­minggu perniagaan dijalankan, barulah orang tahu dan mula datang. Rata-rata mereka melahirkan rasa teruja dan gembira kerana ramai yang sudah lama tidak menjamah nasi kenduri,” ceritanya.

IQBAL menunjukkan daging dendeng yang merupakan antara lauk yang popular dan menjadi kegemaran ramai.

Mula berkecimpung dalam bidang perniagaan menurut pemuda yang mesra disapa Iqbal ini lagi, pada mulanya, dia bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat e-hailing. Bagaimanapun di­sebabkan PKP dan tiada pelanggan, dia mengambil keputusan untuk berhenti dan menjalankan perniagaan makanan pada Oktober lalu.

Siapa sangka, percaturannya itu membuahkan hasil apabila perniagaan yang diceburinya itu mendapat sambutan sehingga tidak menang tangan dibuatnya.

Bercerita lanjut, seawal 4 pagi, dia dan pekerja diketuai ibunya, Siti Rubiah Ismail, 50, akan mula memasak nasi dan lauk-pauk pengantin untuk ‘dijamu’ kepada pembeli.

“Setiap hari kami akan memasak lebih 40 kilogram beras nasi kenduri dan 40 ekor ayam pada hari biasa. Jumlah tersebut bagaimanapun tidak mencukupi dan akan digandakan pada hujung minggu kerana jumlah pelanggan yang ramai.

“Pernah satu masa, kami membuka gerai pada pukul 11 pagi, kesemua nasi dan lauk-pauk habis dalam masa tiga jam. Ada yang datang dari jauh tetapi tidak dapat makan.

“Ibu kemudian mengambil keputusan untuk masak sekali lagi nasi ken­duri kerana kasihan mereka yang datang jauh-jauh semata-mata untuk makan,” tambahnya.

Jumlah pelanggan di warungnya itu boleh mencecah lebih 500 orang pelanggan sehari, kebanyakan mereka merupakan wanita mengandung yang mengi­dam untuk menikmati nasi kenduri.

“Pelbagai menu disajikan di sini se­perti ayam masak merah, daging dendeng, daging kurma, kari kambing, pajeri nenas, acar jelatah dan pelbagai lagi. Bagaimanapun, menu yang paling mendapat tempat di hati pelanggan ialah ayam masak merah dan daging dendeng resipi istimewa ibu.

“Sama seperti kenduri kahwin, pe­langgan yang mahu makan di gerai akan ambil sendiri lauk-pauk mereka dan harga akan dikira berdasarkan menu dan kuantiti. Pun begitu, jumlah keseluruhan tidak melebihi RM16.

“Harga ini berpatutan kerana kami menyasarkan penduduk kampung di sini. Tetapi tidak sangka pula menjadi viral sehingga dikunjungi individu dari luar kawasan,” ceritanya.

DOOR GIFT berisi jajan diberi kepada setiap pelanggan cilik yang hadir ke Warong Nasi Kenduri Hari-Hari.

Tatkala kedai yang diusahakan tular, ada beberapa pihak yang meniru konsep yang diketengahkannya. Tidak melatah, Iqbal menegaskan bahawa dia tidak kisah akan situasi tersebut.

“Buat masa ini, Warong Nasi Kenduri Hari-Hari saya hanya beroperasi di sini sahaja dan tiada cawangan lain.

“Saya tidak kisah jika mereka mahu mengambil konsep sama kerana saya percaya akan rezeki masing-masing yang telah ditetapkan tuhan.

“Bagi saya apa salahnya jika kita berkongsi,” luahnya.

Baru bernafas selepas perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan, anak muda ini diuji pula dengan isu kenaikan harga barang.

Akuinya, keadaan tersebut membuatkan perniagaannya sedikit terkesan.

“Sekarang bahan-bahan basah dan kering semuanya telah naik harga. Ibu pernah kata kami tidak boleh menjual pada harga sama lagi.

“Bagaimanapun bagi saya, isu kenaikan harga tidak menjadi masalah jika saya masih mengekalkan harga yang sama. Tambahan pula kami berniaga di kawasan kampung yang mana kebanyakan pelanggan adalah orang-orang kampung.

“Jadi, tiada masalah untuk mengekalkan harga kerana hidangan ini dijual dalam kuantiti yang banyak dan tidak terasa kerugian. Sekurang-kurangnya saya boleh bersedekah sambil berurus niaga,” tambahnya.

Mendapat sambutan yang memberangsangkan, Iqbal merancang untuk membuka cawangan satu hari nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN