fbpx

Bayaran RM500 penerima pingat PJPN mulai Jun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pembayaran “one-off’ RM500 kepada pesara dan bekas polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) serta petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat akan dibuat bermula Jun 2022.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Zaini Jass berkata, pembayaran kepada mereka yang layak tersebut akan dibuat sehingga akaun ditutup pada Disember tahun ini.

“PJPN yang dianugerahkan kepada petugas polis memasuki fasa pemberian bayaran “one-off” RM500 kepada waris iaitu pasangan kepada pesara, bekas dan petugas polis era darurat yang berkelayakan.

“Platform permohonan pembayaran secara “one-off” bagi penerima PJPN dan pingat kategori waris akan dibuka mulai 19 Januari ini dan ditutup pada 30 April depan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Zaini berkata, PDRM menyeru semua waris iaitu pasangan kepada pesara polis, bekas polis dan petugas polis era darurat yang berkelayakan segera mendaftar, mengemaskini maklumat dan memuat naik dokumen sokongan bagi tujuan bayaran.

Menurut beliau, syarat permohonan dan kelayakan yang ditetapkan boleh dirujuk pada portal rasmi di pautan https:.l/epesara.mmp.gov.my.

Tambah beliau, bagi pesara, bekas dan petugas polis era darurat yang masih hidup dan bersara sehingga hujung tahun ini serta berkelayakan, tetapi belum menerima pemberian itu diminta mendaftar serta menyemak status permohonan melalui akaun pengguna sistem ePesara masing-masing.

“Sebarang pertanyaan dan bantuan boleh berhubung terus dengan cawangan Hal Ehwal Awam/Pesara Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen atau Ibu Pejabat Polis Daerah berdekatan atau hubungi Jabatan Pengurusan PDRM di talian 03-2266 838,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI