fbpx

Individu terkaya mahu manusia hidup di berbilang planet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSK bergambar semasa satu majlis anugerah di Berlin pada 1 Disember 2020. - AFP

WASHINGTON – Manusia paling kaya di dunia, Elon Musk membuat dakwaan menggemparkan bahawa semua spesies akan pupus  melainkan manusia berhijrah ke planet lain, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

“Terdapat 100 peratus kemungkinan semua spesies akan musnah akibat pembesaran Matahari melainkan manusia berhijrah ke berbilang planet,” dakwanya dalam satu kenyataan menerusi Twitter.

Usahawan Tesla itu berkata demikian sebagai membalas kenyataan di Twitter mengenai satu kajian baru-baru ini yang memaklumkan terdapat bukti bahawa kepupusan besar-besaran keenam melibatkan pelbagai spesies akan berlaku dan kali ini ia disebabkan oleh aktiviti manusia.

Peluang untuk mewujudkan koloni dan hidup di Planet Marikh menjadi motivasi utama cita-cita syarikat milik Musk, SpaceX untuk membina roket paling berkuasa dan canggih, Starship.

Baru-baru ini, apabila didesak oleh pengacara podcast, Lex Fridman, Musk akhirnya mendedahkan jangka waktu untuk misi SpaceX mendaratkan manusia di Planet Marikh.

“Dalam senario terbaik, kami akan mengambil masa lima tahun atau 10 tahun dalam senario terburuk.

“Starship adalah roket paling rumit dan paling canggih pernah dibina. Ini kerana Starship direka untuk membawa muatan lebih berat dan pada kos lebih murah daripada roket konvensional,” kata Musk.

Pengurangan kos itu, kata Musk, perlu dilakukan supaya manusia dapat membina bandar di Marikh.

“Pada masa ini, kos perjalanan ke Marikh adalah AS$1 trilion (RM4.18 trilion) justeru, ia tidak munasabah. Kita perlu menjadikannya munasabah

“Kita tidak mahu hanya sampai ke Marikh dan meletakkan bendera seterusnya tidak kembali lagi selama setengah abad seperti misi ke Bulan. Kita perlu menjadi spesies berbilang planet,” katanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI